Tuesday, August 28, 2012

Tuesday, January 17, 2012

lama tak menulis...

Tanggal 16 jan 2012, Ummi dapat bertukar sekolah dari st.francis ke smk tun tuah...alhamdulillah..semoga pertukaran ini akan memberi lebih kemudahan kepada keluarga kita..Tapi abi masih lagi perlu menghantar dan mengambil ummi dari sekolah setiap hari.
Nampak gayanya ummi terpaksalah belajar memandu untuk memudahkanummi pergi dan balik sekolah. sekarang ini abi tgh fikir2 nak beli kereta apa untuk ummi, kereta kancil atau pun kereta kelisa auto..tengok lah nanti macammana takdir yang telah ditetapkan oleh ALLAH..
sekarang Arasy sudah berumur 2 tahun lebih dah besar dah. Perangai pun macam-macam..tapi abi sayang arasy sgt2. Abi sentiasa berdoa agar Arasy akan menjadi seorang hamba ALLAh yang taat.
Abi tak larat dah nak menulis panjang2..sebenarnya abi tak sihat sejak seminggu yanglepas, demam, batuk, selsema yang teruk, badan2 pun tak larat. abi tak dapat berehat kerana terpaksa bekerja setiap hari termasuk sabtu dan ahad...
Abi berharap kesulitan yang sedikit ini akan memberi lebih banyak kebaikan.